Sunday, 25 March 2012

perKongsian cerita

ZAINAB JAHSY-zuhud dan khusyuk berjihad

Zainab binti Jahsy adalah satu-satunya wanita yang dinikahkan oleh ALLAH SWT dari atas langit ketujuh, manakala malaikat jibrail menjadi saksinya. Beliau dikenali sebagai wanita yang diberkati kerana lebih dahulu masuk islam, ikut berhijrah dan berjihad selain terkenal atas kesabaran dan kezuhudannya....

Beliau dilahirkan 30 tahun sebelum kerasulan iaitu 590 masihi di Makkah. Nama asalnya adalah BARRAH ( wanita yang baik ). Hanya ketika Rasulullah menikahinya, baginda menamakannya ZAINAB. Beliau membesar di tengah- tengah Bani Asad dengan kemuliaan,kecantikan dan kedudukan yang terpandang lantaran keturunannya yang mulia...

Saidatina Aishah sendiri mengakui kemuliaan Zainab dengan berkata 
"Zainab bin Jahsy sering membanggakan kedudukanku di sisi Rasulullah. Padahal aku tidak pernah melihat seorang wanita yang lebih baik agamanya selain Zainab. Dia juga lebih bertakwa kepada ALLAH , jujur perkataannya,paling banyak menyambung hubungan kekeluargaannya, paling banyak sedekahnya,n paling banyak berkorban untuk hal2 yang mendekatkan diriya kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. "

Setelah datangnya islam, anta tujuannya ialah menghilangkan perbezaan antara manusia. Manghapuskan kebanggaan dan kelebihan yang didasarkan kepada fanatik dan kebutaan jahiliyah. Hanya takwa yang menjadi timbangan dan ukuran  darjat manusia di sisi Allah.Firman Allah SWT....
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian
" ( Al.Hujurat:13 )
Mulialah Zainab Bin Jahsy yang menjadi pilihan ALLAH dan Rasul-Nya demi memberi petunjuk kepada sekalian umat Muhammad. Lamaran Rasulullah SAW buat maula ( bekas hamba ) baginda, Zaid bin Haritsah menjadi kesempitan kepada wanita ini. Fikirannya terkeliru dengan pelbagai persoalan yang datang satu persatu. Bagaimana mungkin dia menerima pernikahan yang tidak seimbang ini? Bagaimana dia harus melangsungkan pernikahan dengan seorang maula padahal dia seorang wanita terhormat serta memiliki keturunan yang sangat mulia? Lantas, beliau bersuara, ' Wahai Rasulullah, aku tidak meredhainya , kerana aku seorang wanita Quraisy yang belum bernikah . " Rasulullah SAW bersabda, Tetapi aku meredhainya bagimu. "Atas peristiwa ini, turunlah wahyu dari langit : 

Dan tidaklah patut bagi lelaki mukmin dan wanita yang mukminah , apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan ( yang lain ) tentang urusan mereka . Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhnya dia telah sesat , dengan sesat  yang nyata "
( Al- Ahzab : 36)

..........SAKSI SYARIAT.............

Ketaqwaan dan keimanan yang teguh meleburkan perbezaan darjat antara manusia. Atas dasar itu, Zainab tidak mempunyai alasan untuk menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya. Namun, kehidupan suami isteri ini hanya berlangsung setahun. Perselisihan berlaku khususnya setelah islam menghapuskan anak angkat. Perselisihan itu akhirnya membaa kepada penceraian yang pada awalnya tidak membenarkan Rasulullah walaupun baginda telah diberitahu Jibrail bahawa baginda akan bernikah dengan Zainab atas arahan Allah. Pernikahan itu bertujuan menghapuskan bidaah anak angkat.

Bagaimanapun, Rasulullah resah memikirkan akan celaan masyarakat jahiliyah kerana berkahwin  dengan bekas isteri kepada anak angkatnya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui hikmah di sebalik segala yang terjadi. Tujuannya untuk menghapus segala tradisi anak angkat dan hukum2 jahiliyah yang berakar di dalam masyarakat ketika itu. Seperti yang diduga, pernikahan tersebut telah mencetuskan kekecohan di kalangan orang2 munafik dan kaum kafir., " Bagaimana mungkin Muhammad melarang menikahi bekas isteri anak, namun dia  sendiri menikahi bekas isteri anak angkatnya, Zaid???".. Perkara ini kemudian disanggah Allah Subhanahu Wa Taala melalui firmannya :
" Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa  dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu ...
( Al- Ahzab : 40 )

Di antara rahnmat pernikahan Zainab ini juga ialah turunnya ayat berkenaan hijab. Hal ini terjadi pada hari walimahnya dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Salam.  Selain itu, turunnya ayat berkenaan hijab ini merupakan permulaan kpd kewajipan hijab terhadap umat islam sekali gus barakah agar menjadi petunjuk kemuliaan , kesucian dan kebersihan mereka.

Di antara kelebihan Zainab binti Jahsy ialah kesaksian Rsulullah baginya, yang berupa kekhusyukan. Kesaksian baginda inilah yang mengangkat kedudukan Zainab sehingga ke tingkatan yang tertinggi di dalam ibadah. Rasulullah SAW sendiri pernah menuturkan, " Sesungguhnya Zainab Binti Jahsy adalah wanita yang khusyuk lagi merendah diri."...Beliau juga termasuk dalam perawi hadis, yang meriwayatkan dari Rasulullah SAW sebelas buah hadis , sebahagian darinya telah ditakhrij di dalam Ash-Shahihain, dua buah hadis disepakati oleh bukhari dan Muslim. Hadith beliau disebut di dalam kutubus-sittah (Adz-Zahaby)

Pada tahun 20 hijrah bersamaan 641 Masihi, Zainab mula merasakan ajalnya sudah hampir dan sentiasa menyiapkan diri untuk  untuk pertemuan tersebut. Maka ketika ajalnya menghampiri, beliau berkata :

" Aku sudah menyiapakan kain kafan ku, dan boleh jadi Umar akan mengirimkan kain kafan kepadaku. Jika dia mengirimkan kain kafan, maka sedekahkanlah salah satu diantaranya. Jika kalian mampu menjulurkan kain kafan hingga menutupi jasadku, lalu kalian menyedekahkan kain selimutku,  maka lakukanlah"
( Thabaqat Ibn Sa'ad. 8/109 )

Zuhud di dunia dan dalam kesenangannya, sedekah dan kebajikan masih tetap mengalir pada saat2 sakaratul maut. Benarlah gelaran buatnya sebagai Ummul masakin ( Ibu kepada org2 miskin ). Ummul Mukminin Zainab Binti Jahsy telah mendapat khabar gembira sebagai penghuni syurga dari Rasulullah SAW, kerana beliaulah isteri yang pertama yang menyongsong kewafatan baginda.



No comments:

Post a Comment